Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
Wakalah kpd UMT 2023 
 
KUALA NERUS 25 Ramadan 1444 bersamaan 16 April 2023 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menyerahkan wakalah agihan zakat kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam dua majlis berasingan di sini semalam.
 
Penyerahan wakalah agihan zakat berjumlah RM266,411.41 kepada UMT telah dilakukan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT bersempena Majlis Berbuka Puasa Malaysia Madani Perdana Menteri Bersama Rakyat Terengganu di UMT.
 
Wakalah kpd UniSZA 2023
 
Seterusnya Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin menyerahkan wakalah agihan zakat berjumlah RM208,517.00 kepada YBhg. Prof Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA dalam majlis berikutnya di Masjid UniSZA.
 
Penyerahan kedua-dua sumbangan tersebut telah disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan diiringi oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, YB Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara dan YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY