Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 

May be an image of 5 people, dais and text that says "PROJEK BAJU RAYA 2023 Disempurnakan oleh TENGKU LJAYA RAJA SETIAUSAHA TERENGGANU 1602023 25 RAMAP 444H Gong Badak, K erus"

Prof Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM bersama-sama 20 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM telah turun padang untuk Program Projek Baju Raya Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi menyantuni 100 orang murid membeli pelbagai pakaian bagi meraikan aidilfitri di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus semalam.
 
May be an image of 3 people and hospital
 
Program ini adalah anjuran bersama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) melibatkan murid-murid kurang berkemampuan dari 10 buah sekolah rendah daerah Dungun dan Hulu Terengganu
Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK) telah merasmikan program tersebut di Wisma Darul Iman serta menyerahkan murid-murid tersebut sebagai anak angkat kepada pegawai dan kakitangan MAIDAM ahli AKRAB, dan ahli PUSPANITA
Hasil sumbangan bantuan MAIDAM sebanyak RM30,000.00 dan setiap murid mendapat wang saku sebanyak RM300.00 seorang di samping sumbangan wang saku daripada ibu bapa angkat masing-masing.
Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada AKRAB, MAIDAM, PUSPANITA, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Mydin Mall Gong Badak dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program tanggungjawab sosial tersebut.
To’ Puan Nor Zaini binti Abd. Latiff, (Pengerusi Puspanita Cawangan Terengganu), Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM), Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Tuan Haji Anuar bin Awang dan Tuan Haji Zuwislan bin Awang (Pengerusi AKRAB) telah turut hadir sepanjang program tersebut.

 

 

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY