Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
 Bengkel Sistem e Amil 2024
 
Kuala Terengganu 25 Februari 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menganjurkan Bengkel Penggunaan Sistem e-Amil dan Panduan Pengaktifan Penggunaan DuitNow QR di Dewan Kompleks Darul Hidayah, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. Seramai 91 orang peserta yang terdiri daripada amil-amil daerah Kuala Terengganu telah hadir pada Slot 1, Slot 2 & Slot 3 yang bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 4.30 petang.
 
Bengkel gerak kerja pungutan Zakat Fitrah dan Zakat Harta melalui penggunaan Sistem e-Amil serta latihan amali menggunakan Mobile Apps. Taklimat ini disampaikan oleh YM Ku Ahmad Faizi  Ku Mat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dan turut hadir wakil daripada pihak RHB Bank, Encik Sumardi Yusof.
 
Bengkel yang sama turut diadakan di semua daerah bermula hari ini.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY