Bank Rakyat Serah Zakat.
- 19 October 2014 |
- Published in Berita 2014
Semua Warga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mengucapkan takziah kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' haji Rozali Bin Saleh di atas pemergian anak keduanya awal pagi kelmarin di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Sekitar Hari Keluarga Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) 2014
{gallery}hari_keluarga_web{/gallery}
Sistem e-Khutbah dibangunkan bagi memudahkan pengedaran khutbah kepada pihak masjid. Setiap minggu khutbah akan dimuatnaik ke sistem ini bagi memudahkan penyampaian kepada para imam di setiap daerah dan pelusuk negeri Terengganu. Khutbah dalam format fail pdf dan pptx akan dimuatnaik dan dipapar mengikut susunan bulan terkini. Sekiranya ingin mendapatkan khutbah yang telah lepas boleh dapatkan di galeri/koleksi/arkib khutbah. Setiap Pejabat Agama Daerah (PAD) telah diberi user id untuk memudahkan penyampaian khutbah ini. Untuk fail pdf, terdapat 2 versi iaitu versi jawi dan rumi.
Sistem eZakat ini juga merupakan salah satu modul di bawah portal TeG yang merangkumi proses kutipan zakat dan juga agihan bantuan zakat termasuk proses-proses berkaitan seperti pendaftaran amil dan agen kutipan, taksiran zakat, skim potongan gaji dan juga proses aliran kerja permohonan bantuan sehingga kelulusan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah :
A) Kalkulator Zakat :
1) Zakat Pendapatan
2) Zakat Emas
3) Zakat Wang Simpanan
4) Zakat KWSP
5) Zakat Perniagaan
6) Zakat Ternakan
7) Zakat Tanaman
B) Permohonan Bantuan
1) Semak Status Permohonan
Sistem di dibangunkan di bawah portal Terengganu e-Government (TeG), bertujuan untuk merekodkan maklumat Kursus Pra Perkahwinan, Nikah, Cerai, Rujuk, Kaunseling, dan mengeluarkan laporan-laporan yang diperlukan oleh JAKIM, Jabatan Perangkaan, MAIDAM dan Pejabat SUK sendiri. Bahagian Undang-Undang Keluarga dan setiap Pejabat Agama Daerah (PAD) menggunakan sistem ini dan dipantau oleh Unit ICT jabatan. Sekiranya terdapat pembaikian, Unit ICT akan bekerjasama dengan UPMN mengemaskini coding berdasarkan perubahan yang diperlukan.
Sistem Ar-Rahnu MAIDAM (e-Rahnu) dibangunkan bagi mengurus proses pendaftaran penggadai, proses gadaian, proses tebusan, proses bayaran, pengeluaran notis, proses lelongan dan bayaran balik.
Sistem ini dibangunkan secara web-based dan dihost di Bilik Server Bahagian Teknologi Maklumat MAIDAM. Ianya digunapakai di sembilan cawangan Ar-Rahnu MAIDAM seluruh negeri Terengganu.
Hari ini 1420
Hari sebelum 2664
Minggu ini 4084
Bulan ini 54137
Jumlah 2718736