Memperbaharui Sijil Amalan Guaman Syarie

(1) Tiap-tiap permohonan untuk memperbaharui Sijil Amalan Guaman Syarie hendaklah dibuat kepada Majlis tidak lewat dari tiga  bulan sebelum tamat tempoh sijil itu atau selewat-lewatnya pada 31 haribulan Oktober pada setiap tahun.


(2) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang ditetapkan dalam Jadual 4.


(3) Fi bagi setiap Sijil Amalan Guaman Syarie adalah seperti berikut:


           (a) jika permohonan sijil itu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan oleh subkaedah (1), finya adalah satu ratus ringgit;

           (b) jika permohonan sijil itu dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh subkaedah (1), finya adalah seperti berikut:

                   (i) jika permohonan dibuat dalam tempoh kurang dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil itu, finya ialah dua ratus ringgit;

                  (ii) jika permohonan dibuat dalam tempoh satu bulan selepas tamat tempoh sijil, finya ialah tiga ratus ringgit;

                 (iii) jika permohonan dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh perenggan (b) (ii) tetapi dibuat dalam tempoh dua bulan selepas tamat tempoh sijil, finya ialah empat ratus ringgit; dan

                 (iv) jika permohonan dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh perenggan (b) (iii), finya ialah lima ratus ringgit.

(4) Seseorang Peguam Syarie hendaklah memaklumkan kepada Jawatankuasa sekiranya dia –

          (a) tidak lagi beramal sebagai Peguam Syarie; atau         

          (b) ingin beramal semula setelah berhenti; dan fi yang dikenakan untuk memohon Sijil Amalan Guaman Syarie adalah sebanyak lima ratus ringgit, dengan syarat jika perenggan (a) tidak dipenuhi, maka fi yang dikenakan adalah sebanyak satu ribu ringgit.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 44

Hari sebelum 895

Minggu ini 939

Bulan ini 21762

Jumlah 2479490

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?