Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

FAQ Pengurusan Harta dan Projek

  • Apakah yang perlu dilakukan sekiranya sesebuah Syarikat Kontraktor ingin mendaftar lesen syarikatnya dengan MAIDAM? +

    Bagi kontraktor yang ingin mendaftar syarikat mereka di MAIDAM, mereka perlu menghantar salinan lesen syarikat dan dokumen tambahan seperti profail syarikat ke Bahagian Teknikal MAIDAM.
  • Bagaimanakah MAIDAM membuat pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek-projek baik pulih rumah atau bina baru rumah PPRT MAIDAM? +

    Bahagian Teknikal MAIDAM akan menjalankan proses undian bagi menentukan kontraktor yang terpilih untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikian mahupun bina baru yang mana kontraktor-kontraktor yang berdaftar tersebut akan dinilai dan ditapis mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan.
  • Adakah kontraktor perlu mendaftar kembali syarikat di MAIDAM setiap kali lesen syarikat diperbaharui? +

    Kontraktor tidak perlu berbuat demikian setiap kali memperbaharui lesen, namun sekiranya terdapat pindaan maklumat seperti nama syarikat, alamat ataupun gred pendaftaran lesen, kontraktor perlulah memaklumkan kepada Bahagian Teknikal MAIDAM dengan menghantar salinan lesen terbaru.
  • Masih adakah penjualan rumah MAIDAM yang baharu akan dikeluarkan? +

    Penjualan rumah MAIDAM yang baharu akan dikeluarkan di Laman Web MAIDAM dan pembeli yang berminat hendaklah senantiasa membuat semakan di laman web.
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY