Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

MAIDAM Meraikan Kakitangan Pengurusan Zakat

Pada 11 Julai 2017 yang lalu, telah berlangsung majlis keraian kepada kakitangan Bahagian Pengurusan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. 


Majlis ini diadakan sebagai memberi penghargaan dan tanda terima kasih di atas penglibatan semua kakitangan Bahagian Pengurusan Zakat sama ada di ibupejabat mahupun di daerah-daerah termasuk lain-lain unit yang terlibat secara langsung dalam Program Pengagihan Bantuan Zakat Sempena Ramadhan Tahun 1438/2017 yang telah berlangsung di bulan Ramadhan baru-baru ini.


Sebagaimana dimaklumi, pengurusan zakat menghadapi saat sibuk adalah pada bulan Ramadhan dan Disember setiap tahun. Pada bulan Ramadhan, antara aktiviti utama ialah pengagihan Bantuan Sempena Ramadhan yang melibatkan penerima seramai 24800 orang di seluruh negeri Terengganu. Di samping itu, bulan ini juga kaunter pungutan zakat menerima ramai pembayar-pembayar zakat yang mahu menyerahkan zakat pada bulan Ramadhan kerana fadhilat dan kelebihan yang ada pada bulan yang barakah ini.


Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Dato’ Haji Wan Mohd bin Wan Ibrahim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Haji M.Rozi bin Bidin serta pegawai-pegawai MAIDAM.

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024x768 melalui pelayar Mozilla Firefox 1.5 dan ke atas.

Penafian : Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan maklumat di dalam laman web ini.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2013-2016 Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu.