Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Majlis Iftar dan Penyampaian Bantuan Zakat Sempena Ramadhan 1439H/2018M Saudara Kita Negeri Terengganu

 

 

Majlis Iftar dan Penyampaian Bantuan Zakat Sempena Ramadhan 1439H/2018M Saudara Kita Negeri Terengganu telah diadakan di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu pada 23 Mei 2018 baru-baru ini.

Majlis Penyampaian Bantuan Zakat Sempena Ramadhan telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM. Turut hadir Haji W. Ismail Sahaimi bin W. Omar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan timbalannya, Haji M. Rozi bin Bidin. Seramai 400 orang saudara kita dari daerah Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus telah hadir memeriahkan majlis tersebut yang melibatkan peruntukan sebanyak RM186,000.00. Setiap orang menerima antara RM400 dan RM600. 

Di samping saudara kita, turut dijemput memeriahkan majlis itu ialah lapan orang saudara kita di kalangan orang asli Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu, guru-guru Kelas Bimbingan Saudara Kita, badan bukan kerajaan (NGO) saudara kita seperti Persatuan Cina Muslim Terengganu dan PERKIM Bahagian Negeri Terengganu. Turut menjadi tetamu khas ialah kalangan non-muslim seramai 30 orang iaitu kaum keluarga saudara kita yang belum Islam dan Pengerusi Persatuan Buddhist Terengganu, Bro. Wong Choon Keng sebagai lambang keterbukaan agama Islam.

Setiap saudara kita turut menerima sumbangan sekotak kurma dan kuih muih hari raya yang merupakan produk asnaf muallaf/saudara kita negeri Terengganu. 

Klik untuk foto.

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024x768 melalui pelayar Mozilla Firefox 1.5 dan ke atas.

Penafian : Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan maklumat di dalam laman web ini.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2013-2016 Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu.