Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

MAIDAM 1KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) membelanjakan RM500,000 bagi membantu Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kalangan asnaf yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, M Rozi Bidin, berkata bantuan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga bagi meringankan beban terutama menghadapi Aidilfitri disalurkan secara bersemuka menerusi program santuni asnaf yang berakhir petang semalam. Bagaimanapun, katanya, bantuan tunai untuk meringankan bebanan golongan itu tidak membabitkan wang zakat, sebaliknya menggunakan bantuan sumber am.

MAIDAM 3"Pada program itu, pegawai MAIDAM turun sendiri menyantuni penerima tanpa dimaklumkan kehadiran untuk menyampaikan bantuan secara tunai. Melalui program itu kita juga akan mendapatkan maklumat secara bersemuka masalah lain dihadapi golongan itu," katanya ketika mengetuai program menyantuni KIR kalangan asnaf di Chendering.

MAIDAM 2Bagaimanapun, katanya, bantuan tunai untuk meringankan bebanan golongan itu tidak membabitkan wang zakat, sebaliknya menggunakan bantuan sumber am.

"Pada program itu, pegawai MAIDAM turun sendiri menyantuni penerima tanpa dimaklumkan kehadiran untuk menyampaikan bantuan secara tunai. Melalui program itu kita juga akan mendapatkan maklumat secara bersemuka masalah lain dihadapi golongan itu," katanya ketika mengetuai program menyantuni KIR kalangan asnaf di Chendering, petang semalam Yang turut hadir Penolong Setiausaha (Perhubungan Korporat dan Promosi Khidmat Pengurusan) MAIDAM, Muhamad Syarif Omer. Mengulas lanjut, M Rozi menjelaskan, program santuni golongan asnaf yang bermula Isnin lalu sepatutnya berakhir hari ini.

Mengulas mengenai bantuan zakat sempena Ramadan, M Rozi berkata, pengagihan bantuan yang bermula sejak 15 April lalu kepada 22,854 KIR sudah selesai dilakukan. "Kadar bantuan zakat dinaikkan daripada RM400 kepada RM500 bagi bilangan isi rumah tiga orang ke bawah manakala bagi isi rumah empat orang ke atas menerima RM700," katanya.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY