Pada malam terakhir, Ahmad Tarmizi Abd Rahman dan Nor Jannah Abd Rahman masing-masing dari Kuala Nerus telah diisytihar sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu pada tahun ini.

Mereka membawa pulang wang tunai RM8,000 berserta sijil penyertaan, piala pusingan dan juga piala iringan sekaligus mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan.

Naib johan qari pula dimenangi oleh Abdul Hadi Che Abdul Halim dari Dungun dan tempat ketiga, Abdul ‘Alim Zakaria dari Kuala Nerus. Manakala tempat kedua bagi kategori qariah pula menjadi milik Nasirah Ibrahim (Hulu Terengganu) diikuti tempat ketiga Nor Asiah@Norasid Ali (Dungun).

Hadiah bagi pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM6,000 dan RM5,000 berserta  sijil penyertaan dan piala iringan.

KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut.

Pada majlis itu, Sultan Mizan menyeru agar umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah, dan memastikan agar sebarang cubaan untuk menggugat keutuhan agama Islam di Terengganu dapat dihalang dan ditangani.

Baginda dalam titahnya melahirkan rasa kebimbangan terhadap ancaman kepada kesucian dan kedaulatan agama Islam pada masa kini.

Katanya, umat Islam telah diserang dari pelbagai sudut, sama ada secara tersirat, dalaman atau luaran, yang mana ianya bertujuan untuk meruntuhkan perpaduan dan kesucian agama Islam.

Baginda dalam titahnya turut menyeru agar rakyat di Terengganu bersatu padu tanpa mengira rupa bangsa dan anutan.

Sultan Terengganu bertitah dalam Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1437H/2016M di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus. Turut berkenan berangkat, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Mengiringi baginda berdua, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri 2016.

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 26

Hari sebelum 732

Minggu ini 3059

Bulan ini 12916

Jumlah 181753

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?