27 Mei 2019 (Ahad) – Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) , Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin meluangkan masa hadir ke program agihan bubur lambuk anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) . Bubur lambuk percuma (Hasil Manfaat Wakaf) ini telah diagihkan selama empat hari bermula 27 Mei 2019 hingga 30 Mei 2019 di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin
mengagihkan bubur lambuk.
Beliau turut berkesempatan beramah mesra sambil mengagihkan sebanyak 2000 bungkus bubur lambuk kepada warga sekitar Kuala Terengganu. Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, Encik Mohd Fauzi bin Muda, Ketua Penolong Setiausaha Khidmat Pengurusan dan Encik Muhamad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha Perhubungan Korporat & Promosi.
Timb. Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Saidi bin Salleh @ Sulong turut serta
dalam Program Agihan Bubur Lambuk MAIDAM 2019.