A- A A+

A A A

Jenis-Jenis Bantuan

Jumlah paparan: 2618

1. Bantuan Saguhati Memeluk Islam

• Objektif
  - Memberi bantuan kepada golongan muallaf yang menghadapi pelbagai cabaran setelah memeluk agama Islam.

• Syarat-syarat
  - Mendaftar pengislamannya di negeri Terengganu.
  - Layak mendapat bantuan sekali sahaja.

• Kadar Bantuan
  - Wang Tunai : RM250.00
  - Kit Ibadah tidak melebihi RM700.00
  - Saguhati RM2000.00 (jika lulus ujian lisan Asas Fardhu Ain)

• Kaedah Permohonan/Pelaksanaan

  Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut: 
  - Kad Pengenalan dan Surat Akuan Masuk Islam/Kad Memeluk Islam.
  - Salinan buku Akaun Bank yang masih aktif.
  - Lain-lain dokumen berkaitan.

• Cara Bayaran
  - EFT/Cek/Cara lain yang bersesuaian.

 

2. Bantuan Perkahwinan

• Objektif
  - Meringankan beban muallaf yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.

• Syarat-syarat
  - Muallaf mesti menetap di negeri Terengganu.
  - Layak dipertimbangkan sekali sahaja.
  - Telah mendapat kebenaran untuk berkahwin daripada Pendaftar Perkahwinan/mendapat sijil perkahwinan

• Kadar Bantuan
  - Tidak melebihi RM2000.00

• Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
  - Permohonan hendaklah dibuat secara ‘online’ menerusi laman web http://www.espmb.com/maidam_zakat/

• Cara Bayaran
  - EFT/Cek/Cara lain yang bersesuaian.

 

3. Bantuan Kelas Bimbingan

• Objektif
  - Menggalakkan muallaf mendalami ilmu agama serta membimbing mereka.

• Syarat-syarat
  - Guru mesti dilantik oleh MAIDAM.
  - Pelajar mestilah muallaf yang menetap di negeri Terengganu.
  - Menghadiri kelas bimbingan yang dianjurkan oleh MAIDAM.

• Kadar Bantuan
  - Elaun Guru: Tidak lebih daripada RM200.00 sekali mengajar dan tuntutan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  - Elaun Pelajar: Tidak lebih daripada RM50.00 sekali hadir (bagi dewasa)
                             Tidak lebih daripada RM30.00 sekali hadir (bagi sekolah menengah)
                             Tidak lebih daripada RM15.00 sekali hadir (bagi sekolah rendah)

• Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
  - Isi borang mengikuti kelas bimbingan saudara kita.
  - Sertakan kad pengenalan/passport dan kad Islam/surat pendaftaran masuk Islam (bagi yang tiada kad Islam).

• Cara Bayaran
  - EFT/Cek/Cara lain yang bersesuaian.

 

4. Bantuan Aktiviti/Program Muallaf

• Objektif
  - Memantapkan aqidah muallaf agar mematuhi ajaran Islam.

• Syarat-syarat
  - Aktiviti tersebut dipersetujui oleh MAIDAM.
  - Aktiviti/program yang dianjurkan mestilah berunsur tarbiah, pendidikan, keagamaan dan lain-lain.

• Kadar Bantuan
  - Bergantung kepada kesesuaian aktiviti yang dijalankan dan tertakluk kepada kelulusan MAIDAM.

• Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
  - Diuruskan oleh Unit Dakwah-Saudara Kita.

• Cara Bayaran
  - EFT/Cek/Cara lain yang bersesuaian.

 

5. Bantuan Pengajian Muallaf

• Objektif
  - Membiayai pengajian muallaf dan menggalak muallaf untuk mendalami ilmu.

• Syarat-syarat
  - Khusus kepada muallaf yang menetap di negeri Terengganu.
  - Telah mendapat kelulusan MAIDAM.
  - Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  - Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  - Tempoh pengajian dan pembiayaan berdasarkan kepada institusi berkenaan.
  - Pembiayaan akan diberikan kepada pelajar yang tidak mendapat mana-mana pinjaman/tajaan.
  - Bantuan yang disalurkan merangkumi yuran pengajian dan kos sara hidup pelajar.

• Kadar Bantuan
  - Bantuan penuh pengajian tertakluk kepada jumlah yang ditetapkan oleh institusi pengajian berkenaan.

• Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
  - Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan secara bertulis.
  - Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
     i. Salinan kad pengenalan pemohon dan kad memeluk Islam.
    ii. Surat tawaran belajar.
    iii. Sijil-sijil akademik.
    iv. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

• Cara Bayaran
  - EFT/Cek/Cara lain yang bersesuaian.

 

 

 

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

232789
Hari Ini :
Hari Sebelum :
Minggu Ini :
Minggu Lepas :
Bulan Ini
Bulan Lepas :
Jumlah :
30216
17048
120901
0
232789
0
232789

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?