Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta


Wang Zakat yang dibayar kepada MAIDAM diagihkan kepada lapan (8) asnaf yang layak menerima zakat. Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIDAM :-
 
 1. Faqir
Bermaksud orang Islam yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau mempunyainya tetapi hanya mampu memenuhi sebahagian kecil sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.
• Bantuan Kewangan / Saraan Bulanan
• Bantuan Sempena Ramadhan
• Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat
• Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
• Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara
• Bantuan Makanan / Keperluan Harian
 
2. Miskin 
Bermaksud orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.
• Bantuan Kecemasan / Bencana
• Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
• Bantuan Sempena Ramadhan
• Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
• Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin
• Bantuan Perubatan
• Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
• Bantuan Sara Hidup
• Bantuan Serta Merta
• Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
• Bantuan Sewa Rumah
• Bantuan Makanan / Keperluan Harian
 
3. Amil 
Bermaksud Individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM, yang bertanggungjawab menjalankan urusan berkaitan zakat.
• Ambilan Terus oleh Amil
• Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus
 
4. Muallaf 
Muallaf ialah seseorang yang dijinakkan hatinya dan telah memeluk agama Islam, tetapi tahap keimanannya masih lemah.
• Saguhati Hari Raya

• Bantuan Kewangan Bulanan
• Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
• Bantuan Sewa Rumah
• Dermasiswa Muallaf
• Bantuan Perkahwinan
• Bantuan Umum Pelajaran
• Pembinaan Rumah Individu
• Saguhati Galakan Saudara Baru
• Bantuan Modal
• Bantuan Perubatan Muallaf
• Kursus dan Latihan
• Pengurusan Jenazah
• Bantuan Berkhatan

5. Ar-Riqab
Bermaksud memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu atau sesuatu kemudaratan.
• Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV
• Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis

6. Al-Gharimin
 
Bermaksud golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum Syarak.
• Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
• Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris

7. Fisabilillah
 
Bermaksud mana-mana orang Islam atau pihak yang melibatkan diri atau mengadakan aktiviti dalam menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta meningkatkan penghayatan tentangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.
• Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara
• Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM
• Bantuan Pendidikan Dalam Negara
• Bantuan Pendidikan Luar Negara

8. Ibnu Sabil
Bermaksud mana-mana orang Islam yang berhasrat atau sedang bermusafir atau terkandas di dalam perjalanan yang memerlukan bantuan bagi maksud-maksud yang dibenarkan oleh hukum Syarak dari atau ke mana-mana jua negeri atau negara.
• Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara
• Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan


Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Agihan Zakat MAIDAM
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY