Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

McDonalds serah zakat

KUALA NERUS 03 Januari 2023 bersamaan 04 Jamadilakhir 1444 - YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM telah menerima serahan zakat perniagaan oleh Gerbang Alaf Restaurants (McDonald's Malaysia) berjumlah RM200,000.00 daripada Encik Muhamad Ariff bin Abdul Hadi, Pengurus Operasi Bahagian Pantai Timur di Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar.

Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat), Puan Rosedalina binti Ibrahim (Pengarah Halal dan Pengurusan Risiko), Cik Norhana binti Yaakub (Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pendidikan MAIDAM), Encik Irsyad Mustaqim bin Zamri` (Pengetua Darul Akhyar) dan beberapa orang wakil pengurusan Gerbang Alaf Restaurants.

Selain penyerahan zakat, dalam majlis yang sama pihak Gerbang Alaf Restaurants turut meraikan anak-anak yatim, fakir dan miskin Darul Akhyar dengan sumbangan hadiah berupa pakaian dan makanan  McDonald's.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY