Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

maij
 
KUALA TERENGGANU 05 Januari 202312 Jamadilakhir 1444 - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menabur bakti hari ini dengan sumbangan bantuan bernilai RM500,000.00 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di dalam Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Banjir MAINJ Ke Terengganu.

YB Tuan Mohd Fared bin Mohd Khaled, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM di dalam satu majlis yang diadakan di ibu pejabat MAIDAM di sini.


maij1
 
Di dalam majlis tersebut, Waqaf An-Nur Corporation Berhad, sebuah anak syarikat Johor Corporation (JCorp) turut menyerahkan sumbangan bernilai RM50,000.00 menerusi Tuan Haji Bukhari bin Abd Rahman, Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur Corporation Berhad kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.

YB Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadot (Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor) dan YB Dato’ Hj Md Rofiki bin Dato' Kiai Haji Shamsuddin (Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor) turut menyertai delegasi MAINJ di dalam majlis tersebut bersama-sama Ustaz Ahadi bin Othman (Timbalan Mufti Negeri Terengganu) dan pegawai-pegawai MAIDAM yang lain.


 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY