DAPO

KUALA TERENGGANU 09 Januari 2023 bersamaan 16 Jamadilakhir 1444 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini memperuntukkan sumbangan bantuan bernilai RM1,000,000.00 melalui “Program Dapo MAIDAM @ School” kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terenggnau (JPNT) bagi membantu 25,000 orang pelajar miskin dari 134 buah sekolah menengah di Terengganu.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM kepada Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu di dalam satu majlis yang diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Tuan Haji Awi bin Salleh, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD), Tuan Haji Azman bin Othman @ Abdullah, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah), Tuan Haji Kasman bin Embong, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran), Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamad, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid), Puan Hajah Wan Salmah binti Wan Hamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Sektor Pendidikan Khas) selaku Pengerusi KEJAP, Encik Abd Razak bin Abd Rahman, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) MAIDAM dan beberapa orang pegawai MAIDAM dan JPNT.

Besarlah harapan MAIDAM agar bantuan ini sedikit banyak dapat membantu meringankan beban keluarga pelajar terbabit.

#dapomaidam@school #maidamdihati
FaLang translation system by Faboba