Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 

sakti

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima kunjungan delegasi dari PT Permata Husada Sakti, Jakarta, Indonesia
di ibu pejabat MAIDAM semalam (Isnin, 14 Ogos 2023).
Kunjungan hormat telah disambut dengan penuh ukhuwah Islamiyah yang diketuai oleh YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail (Yang Dipertua MAIDAM), YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM) dan pegawai-pegawai MAIDAM. Selepas sesi taklimat dan perbincangan ringkas, Dr. Karlina, Direktur Utama PT Permata Husada Sakti bersama-sama delegasi dari Indonesia turut dibawa melawat projek pembangunan tanah wakaf di Perkuburan Islam Paya Bunga, Kuala Terengganu. Mengakhiri perjumpaan dengan delegasi tersebut ialah majlis keraian makan tengahari di ikon pelancongan Terengganu, Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Kuala Terengganu Drawbridge).
Pohon selasih buah berangan,
Beras kisar mudik ke hulu;
Terima kasih di atas kunjungan,
Moga Allah berkati selalu.
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY