Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

DSC 9488

Kuala Terengganu Isnin 08 Januari 2024 - Majlis Ucaptama Yang Dipertua, Lafaz Aku Janji, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwibulanan (November -Disember 2023) dan Persaraan Kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebentar tadi.

 

DSC 9457 DSC 9548
 
Majlis dimulakan dengan pengisian ceramah agama bertajuk “Relax, Refresh dan Restart” oleh Haji Mohd Yusnoruddin Mohd Yusnah, Pegawai Psikologi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Seterusnya Ucaptama yang disampaikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail. Sementara itu, Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin  Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif menyampaikan ucapan alu-aluan.
 
Majlis tersebut turut meraikan 12 orang kakitangan MAIDAM yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwibulanan untuk November – Disember 2023. Kemuncak majlis tersebut adalah meraikan persaraan Puan Zainab Jusoh yang telah menabur bakti selama 31 tahun berkhidmat di MAIDAM.

DSC 9577

 

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY