• Zakat yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisab.
Kaedah Pengiraan :
  • Bagi simpanan tetap iaitu setelah cukup haul simpanan iaitu 354 hari dan/atau mencukupi nisab (andaian RM11,504.44) wajib dikeluarkan zakat.
  • Bagi simpanan biasa pula, ia adalah berdasarkan jumlah baki terendah satu tahun atau beberapa akaun simpanan dalam tempoh satu tahun. Ia juga hendaklah diketahui tempoh haulnya iaitu tempoh bilakah bermulanya dan berakhirnya haul bagi simpanan tersebut.
Contoh:

(Baki terendah bagi tahun 2014 adalah RM15,000.00)
RM15,000.00 = RM15,000.00 x 2.5%  = RM375.00
(Zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM375.00).

Sekiranya ada pertambahan yang cukup setahun, maka wajib dikeluarkan zakat atas pertambahan tersebut.
  • Kami menasihatkan pengiraan zakat simpanan dibuat di kaunter kami yang berhampiran tempat anda.
 
Pautan ke kalkulator ZAKAT WANG SIMPANAN
 
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Pungutan Zakat MAIDAM
 
 
FaLang translation system by Faboba