KUALA TERENGGANU 31 Dis 2013 – Satu majlis penyerahan zakat perniagaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah berlangsung di Pejabat Jabatan Baitulmal, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Dalam majlis berkenaan, CIDB telah diwakili oleh Pengarah CIDB Negeri Terengganu En. Ahmad Farrin b Mokhtar telah menyerahkan kepada MAIDAM yang di wakili oleh Pengarah Jabatan Baitulmal, Y.Bhg. Tuan Haji Mohamad Noor b. Mohamad. Jumlah penyerahan zakat perniagaan tersebut adalah sebanyak RM 53,523.00.
Di fahamkan, jumlah bayaran tersebut adalah dari peruntukkan bayaran zakat perniagaan yang sebahagian besarnya hasil dari pendapatan levi projek-projek pembangunan di negeri Terengganu dan sebahagian lagi adalah dari sumber produk-produk perkhidmatan bimbingan dan latihan dalam bidang pembinaan dan prindustrian.
Semoga dengan bayaran zakat tersebut dapat memberi rahmat serta berkat kepada CIDB serta warganya .