07 Julai 2021 (Setiu) - Satu lagi laporan telah diterima pada 06 Julai berkenaan keluarga En Mat Lazim bin Ismail yang terputus sumber kewangan di Kg Rahmat, Setiu. Beliau yang mempunyai tanggungan seorang isteri dan 7 orang anak yang masih bersekolah telah menerima bantuan barangan keperluan harian daripada Pejabat MAIDAM Daerah Setiu berupa beras, minyak masak, telur, sardin dan kicap.

Beliau sebelum ini yang bekerja sebagai buruh sudah tidak dapat bekerja kerana menghidap penyakit jantung dan memerlukan rawatan secara berkala. Manakala pasangan pula yang menjadi pengajar di Institut Memandu Besut sudah tidak bekerja selama 5 bulan. Berdasarkan keadaan semasa, MAIDAM akan turut memberikan bantuan tambahan iaitu Bantuan Sara Hidup berjumlah RM3,000.00 bagi membantu meringankan beban mereka sekeluarga. Terima kasih kepada pembayar zakat yang menunaikan kewajipan mereka sekaligus membolehkan MAIDAM menjalankan amanah untuk membantu lebih ramai umat Islam yang memerlukan.

FaLang translation system by Faboba