28 Januari 2021 (Khamis) - Berikutan kes yang meningkat pada gelombang kali ini,Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan melalui peruntukan sumber am sebanyak RM50,000.00 bagi meringankan beban terutamanya kepada Frontliners Kesihatan untuk membeli peralatan yang akan memudahkan mereka dalam menjalankan tugas.

Penyerahan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tn. Haji M. Rozi bin Haji Bidin di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kepada Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr. Amizan bt. Mohamed.Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM turut menyampaikan hasrat agar masyarakat juga dapat mematuhi sop masjid yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan diharap kepada semua agar bersabar dan berdoa sepanjang masa supaya covid-19 ini diangkat dari bumi negeri Terengganu khususnya dan daripada dunia ini amnya.

FaLang translation system by Faboba