DSC 0008

16 Februari 2021 ( Selasa) - Majlis Penyerahan Projek Ubahsuai Rumah Wakaf menjadi Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu berlangsung pada pagi tadi. Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM menerima penyerahan tersebut daripada En. Sani, wakil daripada Syarikat Sani Gas Sdn Bhd.

Seterusnya, projek ini bergerak pada fasa kelengkapan dalaman dengan peralatan-peralatan bagi keperluan hemodialisis. Projek usahasama antara MAIDAM dan Bank Rakyat yang diusahakan bakal memberi manfaat kepada asnaf yang memerlukan rawatan dialisis. Pusat tersebut akan diuruskan oleh Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu.

DSC 0032Semoga Allah memberikan manfaat kepada penyumbang-penyumbang wakaf dan berkembang menjadi kebajikan di dunia dan akhirat. Wakaf bagi projek ini boleh disumbangkan melalui portal

epay.maidam.gov.my

1. Pilih Jompay

2. Isi butiran diri

3. Pilih Wakaf BR-AIBIM-MAIDAM Hemodialisis

4. Masukkan jumlah dan wakaf

FaLang translation system by Faboba