A- A A+

A A A

Asrama Anak Yatim Darul Akhyar

Pengenalan

Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar telah dibuka dan menerima kemasukan penghuni pertamanya pada 11 Jun 2011. Penubuhan asrama tersebut adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam memperluaskan lagi usaha kebajikan khas bagi anak-anak kehilangan ibu bapa (yatim) terutama di bawah asnaf fakir miskin.

Misinya ialah untuk membela nasib anak-anak yatim dan yatim piatu (fakir miskin) yang daif serta tiada penjagaan sempurna, tanpa mengira darjah pencapaian akademik. Segala perbelanjaan anak-anak ini ditanggung keseluruhannya oleh pihak MAIDAM sehingga selesai pendidikan menengah mereka.

Jawatankuasa pengurusan asrama ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM selaku Pengerusi. Asrama ini juga diselia dan diuruskan oleh seorang penyelia/pengetua.

 

akhyar 1  akhyar 2

 

Lokasi

Asrama Darul Akhyar terletak di Lot. 3387, Kampung Mengabang Kapal, Mukim Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

GoogleMaps 

 

akhyar 3

 
Kemudahan Asrama
Asrama ini mempunyai 2 blok bangunan iaitu asrama lelaki dan asrama perempuan. Terdapat bilik yang selesa menempatkan 4 orang penghuni setiap satu bilik. Asrama ini juga dilengkapi dengan kemudahan surau dan dewan makan serta ruang pejabat bagi melicinkan perjalanan program asrama.

Syarat Kemasukan

i-    Anak yatim yang kematian bapa atau kedua-duanya (ibu dan bapa ) / fakir miskin
ii-   Masih bersekolah dan ingin meneruskan persekolahan
iii-  Berumur 13-19 tahun
iv-  Bersemangat ingin belajar
 
akhyar 4  akhyar 5
 
 

Akademi Kulinari Terengganu

Pengenalan

Akademi Kulinari Terengganu (AKT) ini dibangunkan di atas tanah milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan pembiayaan sebanyak RM2.5 juta melalui peruntukan Bajet 2010 Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). Ianya merupakan kerjasama sinergi di antara MAIDAM sebagai Pemilik, YWM (Pembiaya dan Pengurus) dan GIATMARA (Pengajar). Siap sepenuhnya pada 30 Julai 2012 dan telah memulakan operasi pada 2 September 2012. AKT diuruskan oleh YWM melalui Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) dengan kerjasama pihak GIATMARA.

AKT menawarkan kursus dalam bidang Confectionary & Bakery selama 6 bulan berserta asrama sepenuh masa kepada ANAK-ANAK ASNAF MAIDAM. Semua perbelanjaan kursus ditanggung oleh MAIDAM di bawah peruntukan zakat.

Akademi Kulinari 01

 

 

Lokasi
AKT terletak di Lot 2466 Bazar Asnaf, Kampung Pulau Kerengga, 21600 Marang, Terengganu Darul Iman.
 
Syarat Kemasukan
i-    Anak-anak Asnaf Fakir dan Miskin
ii-   Berumur 15 tahun ke atas
iii-  Bersemangat untuk belajar dan berdikari
 

Sijil Amalan Guaman Syarie

(1) Setiap Peguam Syarie yang telah diisytiharkan penerimaannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah, sebelum dia hadir dan mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah, memohon untuk mendapatkan Sijil Amalan Guaman Syarie.


(2) Jawatankuasa hendaklah mengeluarkan Sijil Amalan Guaman Syarie yang diperakukan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah mengikut borang dalam Jadual 3 apabila fi sebanyak seratus ringgit telah dijelaskan kepada Majlis.


(3) Sijil Amalan Guaman Syarie yang dikeluarkan di bawah subkaedah (2) hendaklah sah bagi tempoh dua belas (12) bulan dan boleh diperbaharui dengan membayar fi yang ditetapkan dalam Kaedah 20.

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

232789
Hari Ini :
Hari Sebelum :
Minggu Ini :
Minggu Lepas :
Bulan Ini
Bulan Lepas :
Jumlah :
30216
17048
120901
0
232789
0
232789

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?