Majlis Penyerahan Zakat PUNB dan MBSB Bank kepada MAIDAM

Jumlah paparan: 1804

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima penyerahan zakat perniagaan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan MBSB Bank dalam satu majlis di Bilik Mesyuarat MAIDAM kelmarin.

Dalam majlis tersebut PUNB telah menyerahkan zakat perniagaan 2017 yang berjumlah RM70,000.00, manakala MBSB Bank pula menyerahkan zakat berjumlah RM58,733.07. MAIDAM yang diwakili oleh Yang DiPertuanya, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda telah menerima zakat daripada Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, YBhg. Dato’ Haji Azhar bin Haji Ahmad dan Pengurus Wilayah Pantai Timur MBSB Bank, En. Zam Zuri Izani bin Abu Hassan.

YDP MAIDAM mengucapkan terima kasih kepada pihak PUNB dan MBSB Bank di atas penyerahan zakat perniagaan tersebut kepada MAIDAM.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tn Haji M.Rozi bin Haji Bidin, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat), Ustaz Nazli Amirri bin Ngah dan lain-lain pegawai kanan MAIDAM. 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 680

Hari sebelum 542

Minggu ini 5518

Bulan ini 17019

Jumlah 103061

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?