A- A A+

A A A

Berkayuh Sambil Berwakaf

Jumlah paparan: 130

 

DSC 0253 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Baitulmal) Tuan Haji M Rozi bin Haji Bidin melepaskan peserta kayuhan

 

Kuala Terengganu 27 Oktober 2018: Kira-kira 200 peserta telah menyertai program Kayuhan Maulidur Rasul anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Majlis pelepasan telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Baitulmal), Tn. Haji M. Rozi bin Haji Bidin pada jam 7.35 pagi di perkarangan Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu dan telah berakhir di lokasi yang sama.

DSC 0533

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pentadbiran dan Pembangunan) MAIDAM, Encik Saidi bin Salleh@Sulong, menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Kg Banggol Peradong.

 

Program kayuhan yang julung kalinya diadakan ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pentadbiran dan Pembangunan), En. Saidi bin Salleh @ Sulong dan Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat), En. Nazli Amirri bin Ngah. Tidak terhad kepada kakitangan MAIDAM, ianya turut dibuka kepada mereka dari pelbagai jabatan kerajaan dan agensi swasta yang lain. Peserta yang mengambil bahagian juga terdiri dari pelbagai peringkat usia.

Pendaftaran RM20.00 yang dikenakan kepada setiap peserta akan dimasukkan ke dalam Tabung Wakaf Tunai MAIDAM selari dengan matlamat Berkayuh Sambil Berwakaf.

DSC 0799

Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup

 

Para peserta dengan diiringi pihak polis melalui perjalanan sejauh 28  kilometer menuju Jambatan Sultan Mahmud kemudian ke Jalan Buluh Gading terus ke Perumahan Asnaf MAIDAM Kampung Banggol Peradong untuk sesi sumbangan tiga puluh tujuh (37) hamper kepada para penduduk. Para peserta meneruskan kayuhan melalui Jalan Jeram-Losong melintasi Jambatan Pulau Sekati sebelum tiba di Losong Feri dan ke Kompleks Seri Iman semula. Kayuhan berjaya ditamatkan oleh semua peserta pada jam 10.15 pagi.

Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM.

 

DSC 0856

Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

 

Beliau mengucapkan tahniah dan penghargaan buat pihak penganjur atas kejayaan penganjuran dan penyusunan program yang sangat baik dan juga kepada peserta-peserta yang berkorban masa dan tenaga serta memberikan komitmen, kerjasama dan semangat yang tinggi demi minat yang mendalam terhadap aktiviti berbasikal.

Beliau sebelum menutup acara, berharap program sebegini dijadikan acara tahunan dengan pelbagai peringkat  kategori jarak kayuhan.

 

Foto sekitar program Kayuhan Maulidur Rasul 1440H / 2018M

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

2642127
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
4108
19231
4108
1713409
314305
579772
2642127
Tarikh Kemaskini: 14 November 2018