A- A A+

A A A

Kunjungan Hormat PPZ-MAIWP Ke MAIDAM

Jumlah paparan: 123

PPZ ke MAIDAM

 

29 Oktober 2018 (Isnin) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan hormat dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ – MAIWP). Kunjungan hormat ini diwakili oleh 8 orang delegasi yang diketuai oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat bin Che Ali, Pengerusi PPZ – MAIWP.

Delegasi (PPZ – MAIWP) ini telah disambut dengan mesra oleh Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda dan Ketua-ketua Penolong Setiausaha termasuk Pegawai MAIDAM yang lain.

 

Pengerusi PPZ

 

Dalam sesi kunjungan hormat ini, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan dan maklumat. Kedua-dua pihak membayangkan akan ada kerjasama strategik di masa akan datang dalam usaha meningkatkan kutipan dan agihan zakat termasuklah kutipan Wakaf Tunai di negeri Terengganu.

Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak PPZ - MAIWP berkunjung ke MAIDAM. Beliau juga berkata, selain perkongsian pendapat, MAIDAM juga dapat mempelajari sesuatu yang baharu dari PPZ – MAIWP dalam usaha memajukan lagi institusi zakat di negeri Terengganu Darul Iman ini.

 

Tags: Maidam

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

2641806
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
3787
19231
3787
1713409
313984
579772
2641806
Tarikh Kemaskini: 14 November 2018