A- A A+

A A A

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Dan Persaraan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM

Jumlah paparan: 256

YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM bersama-sama Ahli Mesyuarat MAIDAM yang hadir di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Dan Persaraan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.

 

Kuala Terengganu, 29 Oktober 2018 (Isnin) - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Persaraan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah diadakan di Permai Hotel, Kuala Terengganu.


Turut hadir meraikan majlis ini ialah Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Ahli-ahli Mesyuarat MAIDAM, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Baitulmal), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pentadbiran dan Pembangunan) serta pegawai-pegawai kanan MAIDAM.


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji W. Ismail Sahaimi bin Haji W. Omar dan perkongsian pengalaman beliau sepanjang dalam tempoh perkhidmatan. Beliau yang akan bersara pada 10 November 2018 nanti telah menerima cenderahati kenangan yang disampaikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda.

 

Tn. Haji W. Ismail Sahaimi bin Haji W. Omar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, sedang menyampaikan ucapan di majlis persaraan beliau.


Pada majlis yang sama juga turut meraikan 13 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat Jabatan bagi penilaian prestasi tahun 2017. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda. Tuan Haji W. Ismail Sahaimi bin Haji W. Omar pula telah menyampaikan anugerah kepada 18 orang penerima Anugerah Dwi Bulanan Mei/Jun 2018 dan Julai/Ogos 2018.

YBhg Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM menyampaikan sijil anugerah perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan yang terpilih.

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

2641806
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
3787
19231
3787
1713409
313984
579772
2641806
Tarikh Kemaskini: 14 November 2018