A- A A+

A A A

MAJLIS UCAPTAMA YANG DIPERTUA MAIDAM TAHUN 2019 DAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN CEMERLANG DWI BULANAN

Jumlah paparan: 121

3 Januari 2019 (Khamis) - Majlis Ucaptama Yang Dipertua Maidam Tahun 2019 telah diadakan di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Majlis yang pertama kali diadakan bagi tahun 2019 ini merupakan platform bagi menyampaikan amanat dan hala tuju Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kepada semua kakitangan dalam mendepani cabaran-cabaran yang bakal mendatang. 

 Dalam pertemuan tersebut YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM berkata, setiap kakitangan mestilah sentiasa bersedia dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau juga turut menekankan sikap menepati masa dan berkerjasama, membentuk pasukan kerja yang baik, demi mencapai sasaran kerja yang lebih cemerlang dalam tahun 2019. 

                                                                   DSC 0988

YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM menyampaikan ucapan ketika Majlis Ucaptama Yang Dipertua MAIDAM Tahun 2019

Dalam majlis yang sama turut berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwi-Bulanan bagi bulan September – Oktober 2018 dan November – Disember 2018. Seramai 19 orang kakitangan yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas masing-masing telah diraikan dalam majlis tersebut.

                                                                               DSC 0022

YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM menyampaikan sijil anugerah perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan yang terpilih.

Penyampaian anugerah ini secara tidak langsung menjadi motivasi kepada semua pegawai dan kakitangan agar terus memberikan komitmen kerja yang tinggi serta meningkatkan lagi daya usaha bagi mencapai produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi.

Hadir sama memeriahkan majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Azam bin Awi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Baitulmal MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin, Timbalan ketua Pegawai Eksekutif Pentadbiran dan Pembangunan MAIDAM, Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, pegawai-pegawai kanan dan semua kakitangan MAIDAM.

 

Link untuk gambar program

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

891926
Hari Ini :
Hari Sebelum :
Minggu Ini :
Minggu Lepas :
Bulan Ini
Bulan Lepas :
Jumlah :
4524
7064
20747
791335
254149
637777
891926

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?