LAWATAN RASMI IIUM MEDICAL CENTRE KE MAIDAM

Jumlah paparan: 178

iium
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM En. Saidi bin Salleh @ Sulong menyerahkan cenderahati kepada Dr. Siti Zainab binti Tauhed Ketua Delegasi IIUM Medical Centre

11 September 2019 (RABU) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan hormat dari IIUM Medical Centre bagi mendapatkan maklumat serta mengetahui pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh pihak MAIDAM. Delegasi IIUM Medical Centre diwakili oleh 4 orang yang diketuai oleh Dr. Siti Zainab binti Tauhed Timbalan Pengarah Kanan IIUM Medical Centre.

Tujuan utama perbincangan adalah berkenaan penubuhan tabung kewangan IIUM Medical Centre bagi membantu membiayai pesakit dari Negeri Terengganu yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan rawatan di IIUM Medical Centre. Majlis bermula yang bermula pada jam 2.30 dan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Saidi bin Salleh@Sulong. Para delegasi diberi penerangan berkenaan bantuan-bantuan yang telah disalurkan kepada para asnaf dan taklimat tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Agihan Zakat (Sosial dan Kemanusiaan) En. Mohd Amizan bin Abdul Rahman. Pihak MAIDAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak delegasi IIUM Medical Centre kerana sudi berkunjung ke MAIDAM.

Majlis tersebut tamat sekitar jam 4.00 petang dan diakhiri dengan jamuan minum petang.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 581

Hari sebelum 605

Minggu ini 581

Bulan ini 12413

Jumlah 204631

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?