16 Disember 2018 (Ahad) – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Kakitangan Kontrak Baru MAIDAM, berlangsung di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu.

IMG 20181218 WA0059

Kursus tersebut melibatkan 44 orang kakitangan terdiri daripada kakitangan baru yang dilantik pada 2 Mei 2018 dan 15 Ogos 2018. Tujuan kursus dilaksanakan agar semua kakitangan lantikan baru ini memahami serta mengetahui tanggungjawab mereka apabila dilantik sebagai seorang penjawat awam. Pengisian kursus merangkumi peraturan-peraturan pegawai awam, pengurusan fail dan dokumen, pengurusan kewangan, integriti, tatatertib, rasuah  dan penyelewengan dan juga teknologi maklumat.

                                                                         IMG 20181218 WA0069

                                                                                  Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

                                                                                  (Pentadbiran & Pembangunan) MAIDAM merasmikan majlis penutup

                                                                                   kursus. 

Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan & Pentadbiran) MAIDAM berkata, tanggungjawab terhadap amanah amat penting dalam mencari keberkatan dari Allah S.W.T, termasuklah amanah sebagai pekerja, amanah sebagai hamba Allah, amanah sebagai anak kepada ibu bapa dan sebagainya. Beliau berucap ketika merasmikan majlis penutup kursus pada 18 Disember 2018. Kursus berlangsung selama tiga (3) hari bermula 16 Disember 2018 dan berakhir pada 18 Disember 2018.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 498

Hari sebelum 690

Minggu ini 3910

Bulan ini 10704

Jumlah 202922

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?