Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

DSC 9691

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini menerima serahan zakat perniagaan daripada 11 buah syarikat dalam Majlis Penyerahan Zakat Korporat yang diadakan di Duyong Marina & Resort sebentar tadi.
 
Antara Syarikat yang menyerahkan zakat perniagaan mereka ialah Ketengah Perwira (RM679,828.75), Bank Rakyat (RM602,065.00), Bank Islam (RM540,000.00), CIMB Islamic (RM280,000.00), Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu (RM167,224.00), GPQ (RM141,887.00), KMI Kuantan Medical Centre (RM123,339.01) dan PTA First (RM100,000.00). 
 
YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM telah menerima serahan zakat perniagaan tersebut yang keseluruhannya berjumlah RM3,590,580.14 daripada wakil semua syarikat terbabit.
 
DSC 9759
 
Turut menghadiri majlis tersebut ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM serta lain-lain pegawai MAIDAM.
 
MAIDAM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang menunaikan tanggungjawab membayar zakat kepada MAIDAM dan didoakan kepada semua agar dikurniakan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT, diberkati segala harta dan perniagaan.
 
Semoga dikurniakan Allah SWT peningkatan keuntungan perniagaan kepada semua pembayar zakat dan sekaligus meningkatkan lagi jumlah bayaran zakat kepada MAIDAM agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada asnaf-asnaf berkeperluan.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY