Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
MAIDAM Serah Bantuan Banjir 2023 
 
Kuala Terengganu 31 Disember 2023 bersamaan 20 Jamadilakhir 1445 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berbesar hati menyumbangkan sebanyak RM3.5 juta sebagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Terengganu. Untuk makluman, sumbangan tersebut diambil daripada peruntukan zakat sinf al-Gharimin dan kumpulan wang Sumber Am.
 
YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu dalam satu majlis yang diadakan di Wisma Darul Iman hari ini.
 
Daripada keseluruhan sumbangan bantuan tersebut, MAIDAM memanfaatkan wang zakat daripada sinf al-Gharimin sebanyak RM2,655,000 dan selebihnya iaitu RM845,000 merupakan sumbangan darpada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
 
Dimaklumkan agihan bantuan secara berpusat akan diselaraskan oleh pihak kerajaan negeri dengan tepat dan cepat. Sumbangan ini diharap dapat meringankan bebanan mereka yang ditimpa musibah banjir agar dapat memulihkan kehidupan seperti biasa.
 
Majlis penyerahan itu turut disaksikan oleh YB Dato’ Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu dan YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM. Turut hadir pegawai-pegawai kanan MAIDAM iaitu Encik Abd. Razak bin Abd. Rahman (Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Mal), Puan Wan Noraina Mardiah binti Wan Chik (Ketua Penolong Setiausaha – Khidmat Pengurusan) dan Tuan Haji Nazli Amirri bin Ngah (Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Zakat).
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY