Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

Pengenalan

Akademi Kulinari Terengganu (AKT) ini dibangunkan di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan pembiayaan sebanyak RM2.5 juta melalui peruntukan Bajet 2010 Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). Ianya merupakan kerjasama sinergi di antara MAIDAM sebagai Pemilik, YWM (Pembiaya dan Pengurus) dan GIATMARA (Pengajar). Siap sepenuhnya pada 30 Julai 2012 dan telah memulakan operasi pada 2 September 2012. AKT diuruskan oleh YWM melalui Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) dengan kerjasama pihak GIATMARA.


AKT menawarkan kursus dalam bidang Confectionary & Bakery selama 6 bulan beserta asrama sepenuh masa kepada ANAK-ANAK ASNAF MAIDAM. Semua perbelanjaan kursus ditanggung oleh MAIDAM di bawah peruntukan zakat.

Akademi Kulinari 01


Lokasi
AKT terletak di Lot 2466 Bazar Asnaf, Kampung Pulau Kerengga, 21600 Marang, Terengganu Darul Iman.
 
Syarat Kemasukan

i-    Anak-anak Asnaf Fakir dan Miskin
ii-   Berumur 15 tahun ke atas
iii-  Bersemangat untuk belajar dan berdikari
 
Akademi Kulinari 02

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY