e-Masjid

Sistem e-Masjid dibangunkan oleh Unit ICT bagi tujuan merekodkan maklumat berkaitan masjid seperti keterangan masjid, senarai Ahli Jawatankuasa Masjid, Imam, Bilal, senarai surau berdekatan, peringatan bagi imam dan bilal yang akan tamat tempoh kontrak, bersara serta lain-lain yang berkaitan untuk dibuat bayaran ganjaran.  Laporan dibuat berdasarkan keperluan Bahagian Pengurusan Masjid. Carian dan laporan boleh dibuat mengikut daerah, DUN, parlimen dan mukim.

 

 

                                                  

 

 

 

SMA Online

Dibangunkan oleh Unit ICT untuk Bahagian Pendidikan bagi membantu pelajar membuat permohonan secara online kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT).  Masih di peringkat modul pertama iaitu permohonan pelajar Tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) dan telah digunapakai bermula Disember 2012.  Modul merangkumi permohonan, panggilan temuduga, kemasukan markah temuduga, pemilihan markah mengikut yang tertinggi dan pengeluaran surat tawaran kemasukan ke SMANT.

 

 

                                  

                                                     

 

                                         

 

 

Sistem Maklumat Imam dan Masjid (SISMIM)

Dibangunkan oleh JAKIM untuk merekodkan maklumat masjid, surau, imam dan bilal bertujuan untuk memantau maklumat sejarah bertugas imam dan bilal di setiap masjid. Digunakan oleh Bahagian Pengurusan Masjid.

 

 

                                         

                                                                                

                                                            

 

 

Warga

  • 15 Julai 2013 |
  • Diterbitkan dalam Capaian

Email Kakitangan

 

E-Kursus UPMN

 

Pengurusan Tertinggi

 

Carta Organisasi

 

E-Direktori

 

HRMIS

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 532

Hari sebelum 1033

Minggu ini 2188

Bulan ini 22025

Jumlah 2608632

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?