Zakat Wang Simpanan

• Zakat yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisab.


Kaedah Pengiraan :


• Bagi simpanan tetap iaitu setelah cukup haul simpanan iaitu 354 hari (satu tahun qamariyah) dan / atau mencukupi nisab (andaian RM11,504.44) wajib dikeluarkan zakat.

• Bagi simpanan biasa pula, ia adalah berdasarkan jumlah baki terendah bagi sesuatu akaun simpanan atau jumlah bagi beberapa akaun simpanan dalam tempoh satu tahun. Ia juga hendaklah diketahui tempoh haulnya iaitu tempoh bilakah bermulanya dan berakhirnya haul bagi simpanan tersebut.


Contoh:

(Baki terendah bagi tahun 2014 adalah RM15,000.00 )

RM15,000.00 = RM15,000.00 x 2.5%

                         = RM375.00

Zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM375.00. Sekiranya ada pertambahan yang mencukupi tempoh setahun, maka wajib dikeluarkan zakat bagi pertambahan tersebut.


• Kami menasihatkan pengiraan zakat simpanan dibuat di kaunter kami yang berhampiran tempat anda.

 
 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 36

Hari sebelum 949

Minggu ini 36

Bulan ini 4748

Jumlah 923158

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?