Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

YBRS. PROF. MADYA DR. AHMAD AZRIN BIN ADNAN

Aluan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana laman web MAIDAM telah disempurnakan dengan jayanya. Kemantapan pengurusan dan perkhidmatan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) membuktikan semangat dan budaya kerja positif yang diamalkan oleh seluruh anggota perkhidmatan untuk mengekalkan visi dan misi dicapai seterusnya boleh membawa kemajuan dan kecemerlangan sepanjang masa sebagai sebuah institusi agama di Negeri Terengganu.

Saya berbangga dengan penghasilan laman web ini yang merupakan satu bentuk imbasan hasil usaha gigih seluruh warga kerja MAIDAM sepanjang masa selain merupakan sumber rujukan kepada semua pihak yang ingin mengetahui peranan dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh MAIDAM.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menyediakan data dan maklumat di dalam laman web ini.

Sekian, terima kasih.

Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu
Terengganu
Tel : 09-6303030 samb. 3004
Emel : ceo@maidam.gov.my


bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY