Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

TM serah zakat 2023

KUALA TERENGGANU 15 Januari 202322 bersamaan Jamadilakhir 1444 - Orang berbudi, kita berbahasa, Telekom Malaysia Berhad memberi, asnaf merasa. Sekalung penghargaan MAIDAM kepada Telekom Malaysia Berhad (TM) di atas penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM309,885.00. YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM telah menerima serahan zakat perniagaan tersebut daripada Haji Maliki bin Harun, Pengurus Besar TM Terengganu di ibu pejabat MAIDAM pada hari ini.

Menyaksikan majlis penyerahan tersebut ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan Haji Muhamad Ridwan bin Ibrahim, Penolong Pengurus Besar TM Terengganu. Hadir bersama ialah Ustaz Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) dan beberapa orang wakil dari pengurusan TM Terengganu serta pegawai-pegawai MAIDAM.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY