Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

back to school 1

Prof Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM bersama-sama 20 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM telah turun padang untuk Program “Back To School” bagi menyantuni 100 orang murid membeli pelbagai peralatan sekolah bagi memulakan sesi persekolahan baharu tahun 2023 di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus pada 31 Januari 2023 yang lalu.

Program bertemakan “Kami Ada” itu adalah anjuran bersama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) melibatkan murid-murid kurang berkemampuan dari 25 buah sekolah rendah daerah Kuala Terengganu.

BACK TO SCHOOL 2


Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK) telah merasmikan program tersebut di Wisma Darul Iman serta menyerahkan murid-murid tersebut sebagai anak angkat kepada ahli AKRAB, ahli PUSPANITA serta pegawai dan kakitangan MAIDAM. Sejurus majlis perasmian, ibu bapa angkat mengiringi anak-anak angkat ke pasar raya berkenaan seterusnya memilih sendiri barangan keperluan sekolah yang diperlukan. Hasil sumbangan bantuan MAIDAM sebanyak RM30,000.00, setiap murid mendapat wang saku sebanyak RM300.00 seorang di samping sumbangan wang saku daripada ibu bapa angkat masing-masing.

YBM Tengku Seri Bijaya Raja merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada AKRAB, MAIDAM, PUSPANITA, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Mydin Mall Gong Badak dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program tanggungjawab sosial tersebut. To’ Puan Nor Zaini binti Abd. Latiff (Pengerusi Puspanita Cawangan Terengganu), Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM), Tuan Haji Anuar bin Awang (Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)) dan Tuan Haji Zuwislan bin Awang (Pengerusi AKRAB) turut hadir sepanjang program tersebut.

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY