Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

TNB Bayar Zakat 2021 BIMB Bayar Zakat 2022
 
KUALA TERENGGANU 28 Syaaban 1444 bersamaan 21 Mac 2023 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) hari ini dalam satu majlis yang diadakan di ibu pejabat MAIDAM Kuala Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan menerima serahan zakat perniagaan tersebut daripada Pengurus Besar TNB Negeri Terengganu, Ir. Haji Mohamed Mohyddin Mohamed Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB, Tuan Mohd Muazzam Mohamed.

Dalam majlis itu, TNB telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM675,054.84, manakala BIMB pula sebanyak RM540,000.00. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih MAIDAM kepada TNB di atas serahan zakat perniagaan tersebut.

Turut hadir dalam delegasi TNB ialah Ir. Haji Mohd Zaiddy Mat Rajali, Tuan Abdul Halim Muda dan Puan Siti Zubaidah Mat Hussin. Manakala bagi delegasi BIMB pula ialah Tuan Haji Mohd Nazri Chik, Tuan Haji Zameran Jusoh, Encik Nik Muhammad Nasuha Nik Razin dan Cik Shamsiah Jaafar.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY