Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

4
Alhamdulillah, Duli Yang Teramat Mulia, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu berkenan merasmikan pelancaran Program Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu pada kelmarin (29 Mei 2023).
Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) yang merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berperanan untuk memperkasakan bidang pendidikan di negeri Terengganu.
 
3
Untuk tahun 2023, agihan zakat MAIDAM menyuntik peruntukan sebanyak RM68.1 juta kepada YPM bagi melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan pendidikan seperti Bantuan Program Keagamaan Di IPT, Bantuan Program Latihan Kursus Anak-Anak Asnaf dan Bantuan Awal Pengajian.
Di samping peruntukan dari zakat MAIDAM, YPM telah memperkenalkan dana tangungjawab sosial (CSR) agar masyarakat umum turut berganding bahu bersama-sama menyumbang dana untuk manfaat pembangunan pendidikan di negeri Terengganu.
Mengiringi baginda, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Menteri Besar Terengganu) dan YBM Tengku Seri Bijaya Raja (Setiausaha Kerajaan Terengganu).
Sejurus bertitah dan merasmikan pelancaran tersebut, baginda seterusnya berkenan menyampaikan bantuan pendidikan YPM kepada pelajar.
Sebelum itu, DYTM terlebih dahulu menyaksikan penyerahan replika cek oleh penyumbang-penyumbang sumbangan Dana Pendidikan YPM yang berjaya mengumpul sebanyak RM1.09 juta kepada Yang Dipertua MAIDAM, YB. Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail
MAIDAM dan YPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak di atas sumbangan dan sokongan yang dihulurkan.
Junjung kasih Tuanku.
 
4
 
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY