Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

Fungsi Seksyen Kewangan

  1. Menyelenggara rekod-rekod akaun (termasuk lejar/jurnal/daftar perakaunan)
  2. Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.
  3. Menyemak Penyata Hasil.
  4. Menyediakan Penyata Tahunan dan Laporan Bulanan bagi :
    1. Kumpulan Wang Baitulmal/Sumber Am, ii)Kumpulan Wang Zakat
    2. Kumpulan Wang Wakaf
    3. Kumpulan Wang Pentadbiran vi)Kumpulan Wang Amanah
  5. Bertanggungjawab menyelia dan memantau penyata kewangan Anak Syarikat.
  6. Memantau pematuhan dasar, peraturan dan prosedur kewangan MAIDAM yang berkuatkuasa.
  7. Mengawal dan memantau pengurusan kewangan MAIDAM melalui Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) dan Jawatankuasa Audit.
  8. Mengkaji dan menilai proses pengurusan kewangan MAIDAM dengan objektif untuk merangka, mengubahsuai dan memajukan sistem, peraturan dan undang-undang.
  9. Menguruskan pelupusan dokumen kewangan

Fungsi Seksyen Belanjawan Dan Pelaburan

  1. Menyediakan Belanjawan tahunan MAIDAM.
  2. Mengawal dan memantau pelaksanaan belanjawan tahunan supaya dibelanjakan oleh Bahagian/Seksyen/Unit dengan cekap dan berkesan.
  3. Menentukan pengagihan sumber kewangan MAIDAM dibuat dengan sewajarnya selaras dengan dasar dan objektif yang ditetapkan.
  4. Memantau dan mengurus pemberian peruntukan/geran/pinjaman kepada Anak Syarikat.
  5. Memantau dan mengurus perolehan keuntungan dan dividen daripada Anak Syarikat.
  6. Mengurus proses pindah dan tambah peruntukan.
  7. Merancang, mengawal, mengkaji dan memantau Pelaburan tunai MAIDAM.
  8. Menyelenggara rekod pelaburan MAIDAM.
  9. Melaporkan kedudukan pelaburan MAIDAM

Fungsi Seksyen Pengurusan Kewangan

  1. Mengurus dan menyelia operasi/pengurusan kutipan hasil serta mengkaji kaedah untuk meningkatkan hasil MAIDAM.
  2. Mengurus dan menyelia operasi/pengurusan
  3. Mengurus pembayaran emolumen serta caruman yang berkaitan
  4. Mengurus dan menyedia Pesanan Tempatan.
  5. Mengurus, menyelenggara dan menyimpan laporan dan dokumen hasil dan pembayaran
  6. Menguruskan Akaun Panjar, deposit serta akaun subsidiari.
  7. Menguruskan pengeluaran dan penggantian baucer/ eek/EFT.
  8. Memantau pematuhan peraturan kewangan melalui siasatan Aduan Bayaran Lewat (ABL), Akaun Belum Terima (ABT), pemantauan pelaksanaan Arahan Perbendaharaan / Tatacara Kewangan
  9. Mengurus, menyelenggara dan mengemaskini rekod Pinjaman Kenderaan/Komputer.
  10. Mengurus Pendahuluan Diri dan Pendahuluan Pelbagai
  11. Mengeluarkan penyata pinjaman tahunan.
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY