MUASSASAH GADAIAN ISLAM TERENGGANU
|
|
|
|
PENGENALAN |
Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) diketuai oleh seorang Pengurus, merupakan satu aktiviti Kerajaan Negeri yang diamanahkan kepada MAIDAM untuk menguruskan operasinya. MGIT lebih merupakan satu badan kebajikan dengan memperkenalkan konsep Al Qardul Hassan bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukan bantuan segera pada kadar pinjaman dan tempoh masa yang tertentu. Pinjaman diberikan dengan cara mencagarkan barang kemas dan tidak dikenakan sebarang bayaran faedah. Semenjak ia diperkenalkan pada tahun 1992, sambutan orang ramai sangat menggalakkan dari masa ke semasa, malah di luar jangkaan. Semangat penubuhannya ialah untuk mengelakkan masyarakat Islam di negeri ini daripada berurusan dengan pajak gadai konvensional yang mengamalkan unsur penekanan dan riba. MAIDAM sedang merancang untuk mengembangkan lagi operasi MGIT ke daerah-daerah seluruh negeri Terengganu.
Muasasah Gadaian Islam Terengganu kini beroperasi di :
No. 18A, Jalan Sultan Sulaiman
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
(Hadapan Masjid Putih)
Tel : 09-6236604 |
|
PERANAN |
|
MGIT berperanan sebagai pembantu rakyat semasa kesempitan dengan cara memberi hutang bercagar tanpa dikenakan sebarang faedah. Ianya sebagai alternatif dan sekaligus menyelamatkan umat Islam daripada kancah riba. |
|
PERANCANGAN |
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu pada masa ini telahpun membuka beberapa cawangan dengan konsep Ar-Rahnu di Kuala Terengganu (Jalan Tok Lam), Jertih, Kemaman dan Dungun. Perancangan MAIDAM adalah untuk melengkapkan setiap daerah mempunyai satu cawangan Muassasah Ar-Rahnu.. |
| |
FOTO MGIT |
| |
 |
|
 |
|
 |
Suasana di kaunter gadaian. |
|
Pelanggan sedang menunggu giliran di kaunter penebusan. |
|
MGIT sentiasa dikawal oleh pengawal keselamatan yang bersenjata untuk memastikan keselamatan MGIT dan kakitangannya |
|
|
|
|
|