Unit Agihan Zakat dikendalikan oleh seorang Peg. Hal Ehwal Islam iaitu, Pen. Setiausaha Pen. Setiausaha (Agihan) di bawah seliaan Ketua Pen. Setiausaha (Baitulmal). Berkuatkuasa di bawah pentadbiran MAIDAM mulai 27 Ogos 1998. Sebelum ini,ianya berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sebelum pindaan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986. Bagaimanapun dari segi fungsinya masih tetap sama iaitu berperanan untuk memastikan pengurusan zakat dan pengagihannya dapat dilaksanakan mengikut syara'.
PERANAN
Unit Agihan Zakat memainkan peranan yang amat penting iaitu mengagihkan wang-wang zakat tadi kepada asnaf-asnaf yang berhak iaitu :
Faqir
Riqab
Miskin
Amil
Gharimin
Fisabilillah
Ibnussabil
Muallaf
OBJEKTIF
Mengagihkan kesemua wang zakat yang dipungut kepada asnaf-asnaf yang berhak.
Meningkatkan taraf hidup umat Islam.
INFO TERKINI ZAKAT
Sebarang kemusykilan, sila hubungi :Encik Haji Yaacob bin Abdullah(PSU Agihan Zakat) di talian 09-6303030 samb. 3029 atau E-mail yaacob@maidam.gov.my
2006@Hak Cipta Terpelihara Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu