Laman Utama | Perutusan | Profil | Keanggotaan | Direktori Kakitangan | Jawatankuasa | Hubungi | Jaringan
Unit Pembangunan
 
 
 
UNIT PEMBANGUNAN & PELABURAN
Pengenalan
Pengurusan Harta Maidam
Projek Unit Pembangunan
Senarai Bangunan / Rumah Sewa
 
PENTADBIRAN
Unit Pentadbiran
Unit Kewangan
Unit Sistem Maklumat
Muasassah Ar-Rahnu
Muassasah Gadaian Islam Terengganu
 
BAITULMAL
Unit Pembangunan & Pelaburan
Pusat Urusan Zakat (Agihan)
Unit Wakaf & Sumber Am
Pusat Urusan Zakat (Pungutan)
 
PERKEMBANGAN PROJEK
Gambaran pelukis rumah teres satu tingkat di Taman Maidam, Tok Jembal, Kuala Terengganu
 
Gambaran rumah kedai di Taman Maidam, Tok Jembal, Kuala Terengganu yang telah di bina.

 

 
 
PENGENALAN
Unit Pembangunan diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha. Unit ini mempunyai skop aktiviti yang khusus iaitu memantapkan penyertaan dalam milikan aset MAIDAM / Wakaf melalui pembangunan dan hartanah serta memastikan pentadbiran, penyenggaraan rumah sewa dan bangunan kepunyaan MAIDAM/Baitulmal/Wakaf dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
PERANAN
Unit Pembangunan memainkan peranan yang penting di dalam mentadbir dan menyelenggara rumah/bangunan Majlis, memajukan tanah Majlis / Baitulmal / Wakaf serta memastikan pembangunan ekonomi Majlis berjalan lancar.
PERANCANGAN
Unit ini sedang merancang rancangan pembangunan lima tahunnya yang bermula pada tahun 2000 hingga 2005. Antara rancangan tersebut ialah.
  • Melibatkan diri dalam pembinaan perumahan secara aktif.
  • Membina 199 unit rumah kediaman dan rumah kedai di Tok Jembal secara ‘joint venture’. (dalam proses pembinaan).
  • Membangunkan Pusat Gadaian Islam di setiap Daerah (Muasassah Ar-Rahnu MAIDAM).
  • Membina 125 unit rumah kediaman dan kedai di Kuala Berang secara "Joint Venture".
  • Membina 27 rumah berkembar di Balai Besar secara "Joint Venture".
PERCAPAIAN
Unit ini telah melaksanakan beberapa aktiviti sejak 1997 sama ada ke atas tanah dan harta Majlis, wakaf dan penyertaan zakat serta Baitulmal. Berikut adalah antara beberapa projek yang telah berjaya dilaksanakan :
  • Pembinaan bangunan asrama bagi pelajar Kolej Yayasan Terengganu.
  • Pembinaan bangunan pejabat 12 tingkat di Jalan Sultan Ismail K. Terengganu.
  • Pembinaan 25 unit rumah di bawah skim Perumahan Desa MAIDAM di Kemaman.
  • Penyertaan usahasama dalam ladang kelapa sawit bersama TDM.
  • Pembinaan 13 unit rumah kedai di pekan Batu Enam.
  • Pembinaan surau Syed Saggaf di bandar Kuala Terengganu.
  • Pembinaan asrama penginapan keluarga pesakit di Hospital Kuala Terengganu.
  • Pembukaan Pusat Urusan Zakat MAIDAM di semua daerah.
  • Asrama MAIDAM untuk penginapan pelajar Universiti Darul Iman (UDM)
  • Pembinaan secara "Joint Venture" 98 unit perumahan dan kedai di Tok Jembal Kuala Terengganu.
  • Pembinaan 4 unit kedai setingkat di Telok Lipat Dungun.
  • Membina 10 unit rumah kedai 2 tingkat di Dungun
  • Membina 8 unit gerai perniagaan di Bukit Kecil Kuala Terengganu.
  • Membina Kompleks Darul Hidayah untuk saudara baru di Titian Lembut Kuala Terengganu.

 

 

Sebarang kemusykilan, sila hubungi : En. Mohd Jalil bin Ngah (PSU Pembangunan) di talian 09-6252525 samb. 2269 atau E-mail mjalil@maidam.gov.my

2006@Hak Cipta Terpelihara Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

::Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ) TEL: 09-6303030 FAX: 09-6248134:: :: TUNAIKAN KEWAJIPAN ANDA::