
13 Mei 2026 - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) pada hari ini. Delegasi MAIDAM diketuai oleh YBhg. Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, bersama Tuan Haji Nazli Amirri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat), Encik Wan Muhammad Khairullah Suhaimi bin Wan Azli, Penolong Setiausaha (Pentadbiran dan Pungutan Zakat), Puan Najla Safiqah binti Md Saupi, Penolong Setiausaha (Promosi dan Pemasaran Digital), Encik Abdul Fattah bin Mamat Penolong Pegawai (Pembangunan Wakaf) serta beberapa orang wakil daripada Seksyen Promosi.
Kunjungan ini turut membuka ruang kepada beberapa perbincangan strategik yang memfokuskan kepada potensi kerjasama antara MAIDAM dan CBP, khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi ummah, pengukuhan institusi kewangan Islam, promosi kesedaran zakat serta inisiatif yang mampu memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.
Delegasi CBP pula diketuai oleh Encik Syaiful Arief Syah Mohamed Said, Ketua Pengurusan Strategik CBP, Encik Mohd Fazli Masri, Ketua Syariah CBP dan Puan Ros Iryani Mohamad, ππ¦π’π₯, ππ³π¦π’π΄πΆπ³πΊ ππ’ππ¦π΄ & πππͺπ¦π―π΅ ππ₯π·πͺπ΄π°π³πΊ).
Pertemuan ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara MAIDAM dan CBP dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya berkaitan kebajikan, kewangan Islam serta usaha memperkasakan kesejahteraan ummah secara bersama.
MAIDAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada CBP atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada delegasi MAIDAM serta layanan baik yang diberikan sepanjang sesi berlangsung.