
14 Mei 2026 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke AFFIN Islamic Bank Berhad sebagai tanda penghargaan atas komitmen institusi tersebut dalam menunaikan bayaran zakat kepada MAIDAM serta sokongan berterusan terhadap agenda pembangunan ummah dan kewangan Islam di negeri Terengganu.
Kunjungan ini diketuai oleh Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, bersama Haji Nazli Amirri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat), Wan Muhammad Khairullah Suhaimi Wan Azli, Penolong Setiausaha (Pentadbiran dan Pungutan Zakat), Najla Safiqah Md Saupi, Penolong Setiausaha (Promosi dan Pemasaran Digital), Abdul Fattah Mamat, Penolong Pegawai (Pembangunan Wakaf), serta beberapa orang wakil daripada Seksyen Promosi.
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk berkongsi pelbagai manfaat dan impak hasil agihan zakat yang dilaksanakan oleh MAIDAM kepada golongan asnaf, di samping membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh program pembangunan sosial, kebajikan masyarakat, pemerkasaan ekonomi ummah serta inisiatif berkaitan kewangan Islam dan wakaf.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh delegasi AFFIN Islamic Bank Berhad yang diketuai oleh Dato’ Paduka Syed Mashafuddin Syed Badaruddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN Islamic Bank Berhad bersama Nazim Mohd Nor (Pengarah Eksekutif, Kumpulan Perbendaharaan AFFIN Bank Berhad), Syed Muhammad Syed Mohamad Nasir (Ketua Bahagian Shariah AFFIN Islamic Bank), Ahmad Shahdan Rani (Ketua Pengurus, Pembangunan Perniagaan & Pengurusan Prestasi AFFIN Bank Berhad), Akmal Asyraf Ab Jamal (Pengurus, Pemerkasaan Komuniti & Penyeliaan Syariah AFFIN Islamic Bank Berhad), Wan Ahmad Nadzir Wan Nasir (Penolong Pengurus, Pemerkasaan Komuniti & Penyeliaan Syariah AFFIN Islamic Bank Berhad), serta Nur Dianna Peter (Pengurus Kanan, Perikatan Perniagaan Strategik, Kumpulan Perbendaharaan AFFIN Bank Berhad).
MAIDAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AFFIN Islamic Bank Berhad atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada wakil MAIDAM. Semoga hubungan baik yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi memperkasakan agenda kebajikan, pembangunan ummah dan kesejahteraan masyarakat secara berterusan.