Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Sesi Libaturus Pemerkasaan Agihan Zakat 2026

17 Mei 2026 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM telah mengadakan program Sesi Libaturus Pemerkasaan Agihan Zakat di Terengganu di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

Sesi ini melibatkan penyertaan daripada NGO, Ahli akademik, asnaf fakir dan miskin serta agensi pemberi bantuan.
 
Antara objektif utama sesi ini ialah:
1. Meneliti pelbagai isu berkaitan agihan zakat
2. Menambah baik sistem dan mekanisme agihan zakat
3. Memperbaiki kelemahan sedia ada
4. Meningkatkan kecekapan serta keberkesanan agihan zakat kepada golongan yang memerlukan
 
YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah mengetuai sesi libat urus ini. 
 
Semoga segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan dalam program ini dapat memperkukuh pengurusan zakat demi kesejahteraan ummah di negeri Terengganu Darul Iman.
 
Terima kasih kepada semua pembayar zakat MAIDAM.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY