Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 anugerah
 
 
8 Jun 2026 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya menerima pengiktirafan Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2025 dengan penarafan 5 Bintang (Cemerlang) di dalam Majlis Penyampaian Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan yang berlangsung di Dewan Damar Sari, Putrajaya, hari ini.
 
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara kepada Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, sekali gus membuktikan komitmen MAIDAM dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan sektor awam, keselamatan aset, maklumat dan kepentingan kerajaan sentiasa berada pada tahap terbaik.
 
Turut berlangsung dalam majlis itu ialah peluncuran Sistem Pengurusan Keselamatan Perlindungan (e-PS) dan Sistem e-Vetting 3.0 oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
 
Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan merupakan pengiktirafan kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang menunjukkan tahap pematuhan serta pengurusan keselamatan perlindungan yang cemerlang berdasarkan penilaian yang ditetapkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
 
Kejayaan ini selaras dengan usaha berterusan MAIDAM dalam memperkukuh budaya keselamatan serta tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti.
 
MAIDAM akan terus komited untuk memperkasa pengurusan keselamatan perlindungan bagi memastikan kepentingan strategik negara, keselamatan maklumat dan kepercayaan rakyat sentiasa terpelihara.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY