Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

FAQ Dakwah Saudara Kita

  • Apakah bantuan yang dipohon oleh muallaf? +

    Bantuan yang diberikan kepada muallaf ialah : i. Bantuan Saguhati Memeluk Islam ii. Bantuan Perkahwinan iii. Bantuan Kelas Bimbingan iv. Bantuan Aktiviti/Program Muallaf v. Bantuan pengajian Muallaf vi. Bantuan Sara Hidup vii. Bantuan Persekolahan viii. Bantuan Modal Berdikari
  • Apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon bantuan muallaf? +

    Syarat Umum: i. Telah disahkan memeluk agama Islam (muallaf) dengan mengemukakan bukti seperti sijil perakuan memeluk Islam / kad perakuan memeluk Islamii. menetap di negeri Terengganu sekurang-kurang 3 tahun secara berturut-turutSyarat khusus untuk Bantuan Saguhati Memeluk Islam:i. Bantuan Saguhati Memeluk Islam:- Mendaftar pengIslamannya di negeri Terengganu - Layak mendapat bantuan sekali sahaja
  • Bagaimana kaedah atau cara permohonan bantuan muallaf? +

    Kaedah atau cara permohonan bantuan muallaf ialah : i. Bantuan Saguhati Memeluk Islam pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut: - Kad Pengenalan dan Surat Akuan Masuk Islam/Kad Memeluk Islam - Salinan buku Akaun Bank yang masih aktif. ii. Bantuan Kelas Bimbingan: - Kad Pengenalan atau Surat Akuan Masuk Islam/Kad Memeluk Islam - Surat Salinan Buku/Penyata Akaun Bank yang masih aktif iii. Bantuan Aktiviti/Program Muallaf: - Pendaftaran menggunakan borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Agama Daerah atau Unit Dakwah Saudara Kita iv. Bantuan pengajian Muallaf, pemohon perlu mengemukakan surat permohonan secara bertulis beserta dokumen: - Salinan kad pengenalan pemohon dan Kad Memeluk Islam. - Surat tawaran belajar - Sijil-sijil akademik v. Lain-lain Bantuan kecuali di atas menerusi - `dalam talian` www.maidam.gov.my
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY